Simply Hijab

Selamat Datang ke Blog Kami . Disini kami bawakan kepada anda produk Muslimah serta Aksesori yang comel lagi menarik . Penghantaran terus ke rumah anda . Terima Kasih

Tuesday, 5 February 2013

Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung

Kami membantu ibu-ibu mengandung menyelesaikan masalah berkaitan dengan kehamilan. Sila PM/ mesej kami utk berkongsi gambar anak anda, bertukar idea & pendapat, masalah sebelum & selepas kehamilan, barangan ibu & anak serta pakej tempahan iklan berbayar.

Description
Peluang keemasan sekali setahun utk mommies bisnes. Berjuta-juta mommies ingin mengenali perniagaan anda. Pastikan perniagaan mommies dikenali melalui keberkesanan pengiklanan PIICM pada kadar yang BERPATUTAN.

Jangan lepaskan peluang KEEMASAN ini agar perniagaan mommies DIKENALI dan DILIHAT oleh prospek baru sambil MENJIMATKAN bajet pengiklanan anda. Di PIICM, iklan mommies bukanlah sampah (spam), iklan mommies adalah ANUGERAH.

PM kami sekarang utk pendaftaran dan rebut peluang hari ini untuk menjadi admin PIICM~

(Utk pengguna mobile, sila gunakan laptop atau komputer utk pm kpd admin PIICM. Tq)


Saya merupakan salah seorang Admin Pengiklan di PIICM . Diberikan peluang untuk beriklan sejak 22 Nov 2012 pada hari Khamis , saya masih ingat kerana tulis dalam diari : ) . Saya bukanlah peniaga besar-besaran dan masih belum mampu untuk mengambil pakej yang mahal , cuma layak membeli pakej Silver untuk permulaan perniagaan saya . Alhamdulillah , dalam masa saya mempromosikan kedai online saya masa tu HalalBirdsNEST , telah mendapat banyak peningkatan dari segi LIKE di fan page dan juga pertanyaan yang memberangsangkan oleh pelanggan pada ketika itu .  Saya berasa sangat gembira dan teruja dengan feed back yang saya terima , jadi saya mengambil keputusan untuk meneruskan iklan  dengan pakej Silver juga pada bulan berikutnya . Apa yang paling menyenangkan hati saya adalah Bigboss PIICM banyak membantu dari segi idea iklan dan cara saya nak menarik minat lebih ramai lagi pengguna Facebook untuk datang ke kedai online saya . Dengan idea dan cadangan itulah saya gunakan untuk mempromosikan produk saya di PIICM . Kenapa saya pilih PIICM sebagai medium untuk saya promosikan produk saya ? Kerana , pengunjung PIICM telah mencecah 70 ribu , wow : ) . Selain itu , saya melihat PIICM adalah sebuah Fan page yang sangat berjaya kerana setiap saat pengunjung baru akan LIKE page PIICM dan sekelip mata sahaja bilangannya telah meningkat tanpa kita sedari . Setelah itu , kami Admin PIICM diberi peluang keemasan dengan mecari LIKE sebanyak 500 untuk mendapatkan free iklan selama 2 hari di PIICM . Dan sekali lagi Alhamdulillah saya telah meraih beberapa hari free iklan dari situ : )  . Walaupun Bigboss kami ni ' lelaki ' , tapi dia mempunyai hati nurani keibuan dan memahami permasalahan ibu-ibu seperti saya ni : )   Saya bersykur dan berterima kasih kepada Bigboss kerana telah berikan saya peluang untuk beriklan di PIICM sehingga ke hari ini . Sekarang , saya bukan sahaja mengiklankan page HalalBirdsNEST , tapi juga page Izrahonline saya di situ . Walaupun masih baru , tapi saya yakin tidak lama lagi kedai online saya Izrahonline akan terkenal sepertimana butik-butik online yang lain juga . InsyaAllah , dengan kesabaran saya dan berkat doa juga dari Bigboss , saya akan kaya dan berjaya dunia akhirat , InsyaAllah : )
Terima kasih Bigboss Muhammad Al-Imran dan PIICM .....

No comments:

Post a Comment